
Laporan/foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 10 Dis (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 menurun ke tiga angka kepada 959 kes dengan lima kematian direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatat 10,748, manakala bilangan kes pulih adalah 1,068 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 65,124.
“Daripada 959 kes semalam, sebanyak 953 adalah penularan dalam negara manakala bakinya kes import.
“Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 277 kes (28.9 peratus), diikuti Sabah sebanyak 203 kes (21.2 peratus) dan Kuala Lumpur 129 kes (13.5 peratus),” katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19, di sini.
— BERNAMA