Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tanah Mendap di Tapak Lombong, Tiada Kematian Dilaporkan

By 17 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SHAH ALAM, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengesahkan berlaku kejadian tanah mendap bersebelahan kawasan perlombongan Mukim Hulu Tinggi, Kuala Selangor, kelmarin.

Ketua Jabatan Perhubungan Korporat KSSB, Suhaimi Khalidi, berkata kejadian sekitar pukul 6.45 petang itu menyebabkan tanah berkenaan menggelongsor masuk ke tapak operasi lombong.

“Pada masa kenyataan ini dikeluarkan, tiada kehilangan nyawa dilaporkan dan KSSB sedang mengenal pasti kerosakan atau kerugian di tapak serta kawasan berhampiran.

“Namun, tapak operasi telah pun ditutup dan semua aktiviti pengoperasian serta penjualan telah  dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, Pasukan Khas telah ditubuhkan yang akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kejadian.

“Pasukan Tindakan Kecemasan KSSB bekerjasama dengan pihak Bomba dan Polis untuk memantau keadaan tapak operasi.

“Keselamatan tetap menjadi keutamaan KSSB dan kami ingin meyakinkan pihak awam bahawa keadaan terkawal, tidak terdapat risiko kesihatan serta alam sekitar pada masa ini,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda