
Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin/Manarina Aqilah Mazlan (Petaling)
SERDANG, 18 Jan (Malaysiaaktif) – Dewan D1 merupakan satu ruang baharu bagi pesakit COVID-19 yang diwujudkan untuk menempatkan pesakit dalam kalangan warganegara yang meliputi golongan lelaki, perempuan sertaĀ kanak-kanak akan ditempatkan di aras ini dengan katil yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 1400 orang pesakit.
Ketua Teknikal ProjekĀ Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),Ā PKRC MAEPS 2.0 Ir. Ismail Hashim, berkata aras ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian lelaki dan bahagian wanita serta kanak-kanak.
“Di sini menggunakan katil dua tingkat untuk meningkatkan kapasiti pesakit, jika kita menggunakan katil biasa (single deck), kita hanya boleh memuatkan sehingga 700 orang sahaja”, jelas beliau ketika ditemu bual semasa sesi lawatan pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak MAEPS.
Dewan ini dilengkapi dengan kemudahan persekitaran yang kondusif untuk pesakit di mana ia mempunyai penghawa dingin serta kemudahan internet turut disediakan dan telah mendapat kerjasama daripada pihak TM untuk menyediakan kemudahan internet berkapasiti tinggi iaitu 5G dengan Wi-Fi beroperasi selama 24 jam, semua pesakit boleh menggunakan kemudahan internet ini secara percuma.
Seterusnya, turut disediakan kemudahan bagi kanak-kanak satuĀ sudut bacaan dan ruang permainan serta kemudahan tandas yang mencukupi bagi keselesaan semua pesakit.
“Kami turut menyediakan kemudahan bagi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan kami telah bekerjasama dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) untuk menyediakan sebanyak 10 buah komputer, dan komputer ini boleh digunakan untuk mengulangkaji, menghadiri kelas secara dalam talian dan sebagainya”, jelas beliau.
Beliau menyatakan ini merupakan satu inisiatif yang dapat dilaksanakan dengan kerjasama oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan matlamat untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan juga dapat memberi keselesaan kepada pesakit sepanjang tempoh kuarantin di sini.
-NAZ