Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

SKMM Nafi Keluarkan Poster Amaran

By 20 Januari 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 20 Jan (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.

“Pihak SKMM akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda