Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bantuan dan Insentif Kerajaan Bantu Pengusaha Bot Seberang Takir

By 22 Januari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 22 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 15 orang pengusaha bot penambang Seberang Takir di sini melahirkan rasa syukur apabila menerima pelbagai bantuan dan insentif daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengharungi kehidupan yang terjejas akibat daripada wabak COVID-19 sejak tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir Mohd Ibrahim, berkata sejak wabak COVID-19 melanda setahun yang lalu, industri bot penambang di jeti berkenaan semakin malap.

“Saban hari semakin berkurangan pelanggan yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan bot, namun pengumuman bantuan dan insentif daripada kerajaan memberi sedikit kelegaan kepada para pengusaha di sini.

Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, Mohd Ibrahim mengharapkan bantuan berterusan diberikan kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di sini.

Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, Mohd Ibrahim mengharapkan bantuan berterusan diberikan kepada pengusaha-pengusaha bot penambang di sini.

“Kebanyakan pengusaha bot penambang telah menjual bot mereka kerana tidak mampu lagi untuk menampung kos operasi seharian.

“Ini berikutan kekurangan pelanggan kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 yang bermula pada 18 Mac tahun lalu,” katanya ketika ditemuramah di sini semalam.

Katanya, sebelum pandemik berlaku, sebanyak 80 pengusaha bot aktif menjalankan perniagaan di sini.

“Amat memilukan apabila saban hari pengusaha bot semakin berkurangan dan ketika ini hanya tinggal 15 pengusaha bot sahaja,” katanya.

Menurut pengusaha bot penambang, Hashim Ibrahim, 61, berkata pendapatan yang diperolehi semakin berkurangan setiap hari berikutan penularan wabak COVID-19 dan para pelanggan semakin kurang mendapatkan perkhidmatan bot penambang berkenaan.

“Sebelum ini pendapatan saya boleh mencapai sekitar RM50 hingga RM70 sehari, tetapi sejak COVID-19 semakin menular dan dikuatkuasakan PKP sehingga PKPB, pendapatan yang diterima tidak lebih RM20 sehari,” katanya.

Pengusaha bot penambang, Hashim Ibrahim, 61, bersyukur pelbagai bantuan dan insentif diberikan kepada mereka.

Pengusaha bot penambang, Hashim Ibrahim, 61, bersyukur pelbagai bantuan dan insentif diberikan kepada mereka.

“Sepanjang PKP 1.0 yang lalu, kami seisi keluarga sangat bersyukur apabila mendapat pelbagai bantuan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan juga Geran Khas Prihatin (GKP) sekaligus telah membantu kami untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” kata Hashim.

Sementara itu, bagi penumpang bot penambang, Nor Dayana Abdul Wahid, 22, berkata beliau kerap kali menggunakan perkhidmatan bot di jeti berkenaan.

“Saya dan keluarga kerap kali menggunakan perkhidmatan bot di sini kerana harga yang dikenakan sangat murah iaitu hanya sekitar RM2 bagi perjalanan sehala.

“Faktor tambang yang murah dan tidak perlu membawa kenderaan sendiri untuk sampai ke bandar Kuala Terengganu dari Seberang Takir menyebabkan saya memilih untuk menaiki bot penambang ini dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha bot di sini,” katanya.

Nor Dayana Abdul Wahid, 22, kerap kali menggunakan perkhidmatan bot penambang kerana murah dan selesa.

Nor Dayana Abdul Wahid, 22, kerap kali menggunakan perkhidmatan bot penambang kerana murah dan selesa.

Isnin lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bukan sahaja membantu golongan yang berpendapatan rendah malah merangkumi para pengusaha kecil dan sederhana.

-ii-

Tinggalkan komen anda