Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rezeki ‘Rider’ Sebalik PKP 2.0

By 26 Januari 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saifulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 26 Jan (Malaysiaaktif) – Rata-rata masyarakat khususnya pekerja sektor swasta mengakui kebimbangan kehilangan pekerjaan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang telah bermula Jumaat lepas sehingga 4 Februari akan datang.

Meskipun begitu, situasi berkenaan berbeza bagi pekerja perkhidmatan penghantaran makanan atau ketika ini lebih dikenali sebagai rider sebuah syarikat penghantar makanan di sekitar daerah sini.

Rata-rata pekerja syarikat tersebut menzahirkan rasa syukur apabila mereka mampu meraih pendapatan yang memberangsangkan dan sentiasa meningkat pada awal pelaksanaan PKP 2.0 yang lalu kerana orang ramai memilih untuk menempah makanan secara atas talian sama ada menerusi aplikasi ataupun secara langsung kepada peniaga.

Salah seorang pekerja penghantar makanan Muhamad Badrul Amir Mohd Ramli, 25, berkata sejak memilih menjadi penghantar makanan kira-kira dua bulan yang lalu, beliau mampu meraih pendapatan lumayan.

“Masa awal-awal PKP tahun lalu, penghantaran memang ‘meletup’ kerana pada masa itu bilangan pelanggan yang membuat pesanan makanan meningkat berikutan mereka tidak dibenarkan keluar rumah sesuka hati.

Muhamad Badrul Amir Mohd Ramli, 25, berulang alik daripada Setiu ke Kuala Nerus setiap hari untuk bekerja sebagai rider Food Panda.

Muhamad Badrul Amir Mohd Ramli, 25, berulang alik daripada Setiu ke Kuala Nerus setiap hari untuk bekerja sebagai penghantar makanan.

“Berikutan permintaan yang tinggi pada ketika itu, lebih ramai pekerja baharu diambil namun mulai tahun ini, permintaan itu sentiasa ada tetapi berkurangan sedikit kerana penghantaran dibahagi-bahagikan bagi membolehkan semua penghantar makanan ada buat penghantaran,” katanya yang berulang dari Setiu ke Kuala Nerus setiap hari untuk menghantar makanan.

Menurut Muhammad Danish Izzat Zubir, 19, pula beliau menjadikan pekerjaan penghantar makanan ini sebagai pekerjaan sepenuh masa kerana pendapatan yang diperolehi bagi setiap penunggang bergantung kepada kecekalan diri sama ada komited atau tidak untuk membuat penghantaran yang banyak setiap hari.

“Kalau mahu pendapatan yang lebih, kena kerja lebih rajin, kena pantas dan cekap ketika mengambil, menerima dan menghantar tempahan pelanggan dan semuanya berkaitan dengan kecekalan diri untuk terus bertahan.

Muhammad Danish Izzat Zubir, 19, berkata status bujang menjadi faktor beliau mempunyai masa yang banyak untuk membuat penghantaran makanan dengan banyak setiap hari.

Muhammad Danish Izzat Zubir, 19, berkata status bujang menjadi faktor beliau mempunyai masa yang banyak untuk membuat penghantaran makanan dengan banyak setiap hari.

“Selain daripada faktor-faktor di atas, status saya yang masih bujang juga memainkan peranan kerana saya tidak terikat dengan keluarga dan mempunyai banyak masa untuk membuat penghantaran yang banyak setiap hari sekaligus memperolehi pendapatan yang lumayan setiap bulan,” katanya.

Sementara itu bagi Suhaimi Pohot, 26, pula beliau yang sebelum ini merupakan peniaga di pasar pagi dan malam di sekitar Kuala Nerus mengambil pendekatan bekerja sebagai penghantar makanan kerana pendapatan yang tidak seberapa setelah penguatkuasaan PKP tahun lalu.

“Setelah penguatkuasaan PKP tahun lalu, pendapatan saya sebagai peniaga semakin menurun kerana pelanggan agak kurang datang ke pasar menyukarkan saya untuk memperolehi pendapatan seharian.

Suhaimi Pohot, 26, berkata bekerja sebagai rider penghantar makanan memerlukan komitmen yang tinggi sesuai dengan pendapatan yang diperolehi.

Suhaimi Pohot, 26, berkata bekerja sebagai rider penghantar makanan memerlukan komitmen yang tinggi sesuai dengan pendapatan yang diperolehi.

“Saya bersyukur kerana sejak bekerja sebagai penghantar makanan ini, rezeki semakin melimpah ruah dan agak stabil untuk menyara keluarga setiap bulan,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda