
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Sejumlah 2,154 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan meningkat sedikit berbandingĀ 2,063 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam lagi kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan bilangan yang meninggal dunia akibat virus itu di negara ini 1,159 orang.
āKes sembuh yang dicatat hari ini 3,275 orang, lebih tinggi daripada kes baharu yang dilaporkan,ā katanya dalam kenyataanĀ mengenai perkembangan COVID-19, di siniĀ semalam.
Sejumlah 184 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 87 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekalĀ mencatat kes baharu paling tinggi iaituĀ 794 kes diikuti Johor (463) dan Sarawak (250).
Katanya, 10 kluster baharu dikenal pasti dengan lapan kluster melibatkan tempatĀ kerja dan masing-masing satu kluster keagamaanĀ dan kluster komuniti.
āKluster baharu tempat kerja yang direkodkan ialah Tapak Bina Jalan Zamrud, Jalan Dato Sellathevan, Industri Cheras Jaya danĀ Meranti Utama di Selangor; Kampung Nyatoh di Selangor dan Negeri Sembilan; Persiaran Alam di Kuala Lumpur;Ā Jalan Mutiara Barat di Kuala Lumpur dan Selangor; dan Perusahaan 10 di Pulau Pinang.
Kluster baharu komuniti pula dikesan di Kuala Punteh di Sabah, manakala kluster keagamaan di Jalan Senu di Perak.
— BERNAMA