Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Lawatan Kerja Sehari PM ke Perlis

By 5 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Izwanie Ahmad Kamal/Anuar Che Amat (Kangar) 

KANGAR, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan kerja sehari ke Perlis bagi meninjau pembangunan di sini, hari ini.

Beliau tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Kangar pada pukul 9.00 pagi dan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man di Pejabat Menteri Besar bagi mendengar taklimat pembangunan negeri.

Perdana Menteri menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid di Istana Arau di mana pada pertemuan itu beliau mempersembah maklumkan berkaitan pembangunan, ekonomi serta perkembangan terkini negara terutamanya berkaitan wabak COVID-19 dan program vaksinasi kebangsaan yang sedang dijalankan.

Muhyiddin kemudiannya mengiringi Raja Perlis dan Raja Muda Perlis untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri Arau.

Beliau turut menghadiri Majlis Perjumpaan Perikatan Nasional Perlis dan meninjau lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) COVID-19 di Klinik Kesihatan Kampung Gial Arau sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

-NI-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda