Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Tun Juhar TYT Pertama Terima Vaksin COVID-19

By 22 Mac 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Merusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, semalam menerima vaksin COVID-19, sekali gus menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri pertama menerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Pegawai Perubatan Dr. Mervin George, berkata program vaksinasi COVID-19 ini dimulakan dengan sesi taklimat dan kaunseling.

“Setelah mengisi borang, Tun Juhar, 68, disuntik dos pertama vaksin jenis Pfizer BioNTech oleh jururawat klinik kesihatan ibu dan anak Maziyyah Marin.

Maziyyah (kanan) bersama rakan setugas menunjukkan vaksin yang digunakan.

Maziyyah (kanan) bersama rakan setugas menunjukkan vaksin yang digunakan.

“Selesai suntikan vaksin, beliau diiring ke ruang khas untuk menjalani pemerhatian selama 15 hingga 30 minit,” katanya yang ditemui di Istana Negeri, di sini semalam.

Turut menerima vaksin sama adalah 18 warga kerja Istana Negeri termasuk Setiausaha Sulit Abinan Asli, Timbalan Setiausaha Sulit Ag Damit Pg Apong, Setiausaha Perhubungan Datuk Abdul Rashid Mohd Tahir serta para pegawai kanan, kakitangan dan anggota keselamatan istana.

Menurut Mervin, kesemua penerima Vaksin pertama semalam dijangka menerima dos kedua vaksin yang sama pada 10 April ini.

-RI

Tinggalkan komen anda