Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Hebahan JaPen Tingkatkan Keyakinan Masyarakat Mengenai Imunisasi COVID-19

By 22 Mac 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norliza Yusof/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia komited memberi penerangan dalam meningkatkan keyakinan masyarakat mengenai Program Imunisasi COVID-19.

Pengarah JaPen Sabah Nadzerah Abdullah, berkata program khidmat masyarakat anjuran JaPen tersebut turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pemahaman rakyat mengenai kepentingan mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin COVID-19.

“Kebanyakkan warga emas yang ditemui pada hari ini masih kurang pendedahan dan pemahaman mengenai vaksin dan cara untuk mendaftar berbanding dengan warga muda yang kebanyakannya tahu dan sudah mendaftar.

“Oleh itu diharap program penerangan pada hari ini akan dapat mencapai matlamatnya untuk memastikan penyebaran maklumat yang tepat dan benar mengenai vaksin sampai kepada rakyat dan berjaya menarik rakyat untuk segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin tersebut,” katanya ketika ditemui di Tamu Mingguan Jalan Gaya, di sini semalam.

Kakitangan JaPen Sabah turut membantu memberi penerangan dan menedarkan risalah berkiatan dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada para pengunjung Tamu Mingguan Jalan Gaya.

Kakitangan JaPen Sabah turut membantu memberi penerangan dan menedarkan risalah berkiatan dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada para pengunjung Tamu Mingguan Jalan Gaya.

Tambah Nadzerah, program kali ini turut mendapat kerjasama secara holistik daripada pelbagai pihak khususnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Kesihatan dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bandaraya Kota Kinabalu.

“Program jelajah mesra di sekitar sini turut disertai oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Dr Suhaila Osman dan PPM tempatan dengan memfokuskan kepada tujuan yang sama.

“Lebih 200 risalah mengenai COVID-19 dan cara pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 berjaya diedarkan dalam pengisian program tersebut dan turut mendapat sambutan yang baik daripada rakyat,

“Selain jelajah mesra turut dibuka Kaunter Pusat Maklumat Rakyat bagi mengagihkan bahan-bahan penerbitan berkaitan Norma Baharu serta Kaunter Pendaftaran Vaksin COVID-19 oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bagi memudahkan orang ramai untuk terus membuat pendaftaran,” katanya lagi.

DAFTAR... Pegawai Kesihatan memberi penerangan berkenaan dengan langkah-langkan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera kepada pengunjung.

DAFTAR… Pegawai Kesihatan memberi penerangan berkenaan dengan langkah-langkan mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera kepada pengunjung.

-RI

Tinggalkan komen anda