Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Malaysia Perluas Fokus kepada Malaria Jangkitan Haiwan

By 26 April 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 26 April (Malaysiaaktif) – Malaysia akanĀ memperluaskan fokus kepadaĀ malaria berkaitan jangkitan haiwan (zoonotik)Ā susulan kejayaanĀ mencapaiĀ sasaran sifar malaria manusia jangkitan tempatan,Ā kata Menteri KesihatanĀ Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata sasaran sifar kes jangkitan malaria manusia jangkitan tempatan itu berjaya dicapaiĀ di seluruh negara untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2018 hingga 2020.

“Walaupun dengan cabaran pandemik COVID-19, Malaysia meneruskan usaha khususnya dalam eliminasi malaria,” katanya dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di sini hari ini.

Untuk rekod, jumlah kes malaria di negara ini berjaya dikurangkan daripada 250,000 kes setahun pada 1961 kepada 12,000 pada 2000.

Dr Adham berkataĀ kes malaria terus mencatatkan penurunan pada 2017 iaitu 85 kes seterusnya sifar pada 2018 hingga 2020.

Berikutan kejayaan mengekalkan status sifar malaria manusia jangkitan tempatan selama tiga tahun berturut-turut itu, Dr Adham berkata Malaysia layak memohonĀ Pensijilan Eliminasi Malaria daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

ā€œKelayakan penerimaan sijil ini bermaknaĀ langkah pencegahan yang dijalankanĀ Kementerian Kesihatan adalahĀ tepat dan perlu diperkasakan,” katanya.

—Ā BERNAMA

Tinggalkan komen anda