Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

KKM Guna Khidmat Pempengaruh Promosi Pendaftaran Vaksin

By 29 Mei 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari (Larut Matang dan Selama)

KAMUNTING, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata pihak kementerianĀ sudah menjangka gelombang jangkitan COVID-19 yang berlaku ketika ini kerana R-Naught semakin menunjukkan peningkatan dan penurunan yang tidak stabil.

ā€œKita lihat varian COVID-19 dari India merebak dengan sangat pantas sehingga wad kecemasan semakin penuh dengan mangsa wabak ini.

“Lantas kita mengharapkan pihak kerajaan dapat meningkatkan promosi pendaftaran vaksin COVID-19 dengan menggunakan platform yang ada seperti menggunakan pempengaruh (influencer) untuk meningkatkan tahap promosi ini di bahagian media sosial,” katanya ketika ditemui semasa lawatan kerjanya diĀ Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di siniĀ semalam.

Noor Azmi turut menyeru kepada orang ramai yang masih belum mendaftar suntikan vaksin untuk sama-sama mendaftar selain anak-anak juga diminta untuk mendaftarkan ibu bapa mereka sebagai penerima vaksin.

Noor Azmi menyantuni seorang warga emas yang sedang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin.

Noor Azmi menyantuni seorang warga emas yang sedang menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin.

ā€œSemua yang telah menerima suntikan vaksin ini dipohon agar tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa mengamalkan pembudayaan norma baharu selain menjaga kesihatan seperti mendapatkan tidur yang mencukupi, jaga pemakanan dan mengamalkan makanan tambahan seperti Vitamin C.

ā€œKesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menangani penularan wabak COVID-19.

“Saya tak dapat bayangkan betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bila mereka menggalas tanggungjawab yang besar,ā€ tambahnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda