Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KMNS Sumbang 13 Komputer Riba, Barangan Keperluan untuk PKRC Bersepadu MAEPS 2.0

By 6 Jun 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Aqilah Mazlan (Putrajaya)

SERDANG, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) menyumbang 13 buah komputer riba untuk petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini.

KMNS yang disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Selangor turut menyumbang pakaian pelindungan diri (PPE) di samping makanan, susu dan lampin pakai buang untuk petugas dan pesakit di pusat kuarantin tersebut.

Penaung KMNS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata sumbangan berjumlah RM50,000 itu akan memudahkan pengurusan PKRC MAEPS 2.0 ketika ini.

“Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang memberi komitmen untuk membantu dalam keadaan terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

“Sumbangan ini diharapkan memudahkan pengurusan pusat kuarantin di Serdang ini untuk keperluan pesakit-pesakit, diharapkan ia mampu memberi kelegaan kepada mereka,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan hari ini.

-RI

Tinggalkan komen anda