
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia masih merekodkan angka melepasi 10,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 10,972 kes dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 927,533.
Menerusi ciapan di laman Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 4,404 kes dikesan di negeri berkenaan.
Ini diikuti Negeri Sembilan dengan 1,340 kes, Johor (876), Kedah (705), Sabah (651), Kuala Lumpur (609), Pahang (475), Melaka (474), Pulau Pinang (426), Perak (324), Sarawak (301), Kelantan (170) dan Terengganu (144).
Putrajaya pula mencatatkan 48 kes, Labuan (24) dan Perlis dengan satu kes.
— BERNAMA