
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semerah semalam menganjurkan ‘Pertandingan Boling Semerah Sejahtera 2016’ di Pusat Membeli-belah The Summit.
Pertandingan yang bermula pada pukul 8.30 malam itu dihadiri dan disertai oleh ADUN Kawasan Semerah, Mohd Ismail Roslan.
Para peserta lain terdiri daripada kalangan penghulu, Ahli Jawatankuasa Bahagian, ketua-ketua kampung dan ketua-ketua Cawangan kawasan Semerah.