Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kerajaan Beri Kelonggaran, Suami Isteri Jarak Jauh Rentas Daerah, Negeri

By 8 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: RTM

PUTRAJAYA, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan ia terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menerusi kemudahan itu, pasangan suami isteri jarak jauh yang telah melengkapkan vaksinasi mereka dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing.

Selain itu, katanya ibu bapa yang telah melengkapkan vaksinasi mereka juga dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak-anak di bawah umur 18 tahun.

“Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk Penduduk Tetap dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian dalam pengumuman khas kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap yang disiarkan di stesen televisyen tempatan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda