Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

MOVAK Beri Manfaat Kepada Masyarakat Orang Asli

By 20 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal/Zairul Afendi Abdul Pantas(Batang Padang)

SUNGKAI, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Mobilisasi Vaksin Komuniti  (MOVAK) bertindak sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak menjadi inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan dalam memudahkan urusan pemberian vaksin di kawasan pendalaman.

Pegawai Kesihatan Daerah Batang Padang Dr Raja Mohd Azim Raja Haron, berkata walaupun program hari ini telah menyediakan senarai penerima vaksin dari Kampung Poh, penduduk Orang Asli berdekatan iaitu dari Kampung Orang Asli Lapan dan Kampung Orang Asli Kepayang juga boleh hadir kerana bekalan vaksin yang dibawa semalam melebihi sasaran penerima yang ditetapkan dengan bilangan 290 dos disediakan.

“Sekitar 25% masyarakat Orang Asli dewasa telah divaksin (dos pertama) di daerah Batang Padang dan angka ini masih dianggap rendah lalu usaha untuk memujuk mereka yang menolak vaksin ini perlu dipergiat oleh semua pihak.

“Keperluan vaksin begitu penting kerana inilah cara yang dapat kita lakukan demi membebaskan negara daripada pandemik COVID-19 dengan mencapai imuniti kelompok,” katanya ketika ditemui di Kampung Poh, di sini semalam.

Penerima vaksin, Wak Rosni Yok Alit, 18, berkata program ini memberi manfaat kepada penduduk kerana menggalakkan Orang Asli menerima vaksin disebabkan masih ada tanggapan negatif dan rasa takut dalam kalangan kami terhadap vaksin.

Perkara itu turut dipersetujui seorang lagi penerima vaksin, Larry Bah Toyok, 24, yang meluahkan rasa gembira kerana menerima suntikan vaksin untuk dos pertama secara tanpa janji temu.

Larry Bah Toyok selesai menerima vaksin dos pertama pada program MOVAK.

Larry Bah Toyok selesai menerima vaksin dos pertama pada program MOVAK.

“Hati terbuka untuk menerima vaksin kerana keinginan untuk melakukan rutin harian secara bebas dan selamat selain melindungi orang sekeliling,” katanya.

Program ini seterusnya akan disambung pada 20 Ogos 2021 di Kampung Coldstream, Bidor.

~RJ~

Tinggalkan komen anda