Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KASA Peruntukkan RM5 Juta Baiki Kerosakan Banjir di Kuala Muda dan Yan

By 20 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/KASA

PUTRAJAYA, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan bantuan dengan anggaran awal berjumlah hampir RM5 juta bagi melaksanakan kerja pembaikan kerosakan sistem bekalan air, sistem saliran dan pengairan serta tebatan banjir di di sekitar Daerah Kuala Muda dan Daerah Yan yang terjejas akibat banjir yang berlaku sejak kelmarin.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, peruntukan ini telah digunakan serta-merta bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dijalankan dengan segera.

“Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga telah menyelaras kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air termasuk menggerakkan anggota 60 Rejimen Pakar Air RAJD (AW), bantuan lori tangki operator air untuk penghantaran bekalan air dan pengagihan bantuan 1,000 botol air minuman kepada penduduk di kawasan yang terjejas.

“Manakala pihak kerajaan negeri bersetuju untuk memperbaiki segera kerosakan infrastruktur seperti bekalan elektrik, sistem perparitan, jalan raya dan jambatan,” katanya, hari ini.

Menurut Zaini, punca utama kejadian yang menyebabkan kejadian banjir telah dikenal pasti.

“Hujan lebat luar biasa dalam tempoh yang singkat di kawasan puncak Gunung Jerai yang menyebabkan berlaku fenomena kepala air, dianggarkan purata taburan hujan sebanyak 278 mm telah turun dalam tempoh 8 jam.

“Halangan sampah sarap, kayu dan reba pokok yang tersangkut pada binaan struktur jambatan dan lintasan menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan sekitar terutamanya di Kampung Tupah dan Taman Tupah,” katanya.

RI

Tinggalkan komen anda