
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Kes harian COVID-19dalam negara semalam merekodkan sebanyak 19,807 kes, menurun sedikit berbanding 22,262 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 1,555,093 kes.
Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan jangkitan baharu tertinggi dengan 5,379 kes, katanya melalui laman Twitternya.
Selain Selangor, negeri lain yang turut merekodkan kes jangkitan tinggi ialah Sabah dengan 2,638 kes diikuti Kedah (1,948), Sarawak (1,772), Pulau Pinang (1,501), Johor (1,391) dan Kelantan (1,196).
Sementara itu, sebanyak 999 kes direkodkan di Kuala Lumpur, Perak (703), Pahang (598), Melaka (558), Terengganu (534), Negeri Sembilan (508), Perlis (54), Putrajaya (24), dan Labuan (empat).
— BERNAMA