Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Ziarah Kubur di luar Musim Perayaan Dibenarkan

By 29 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Aktiviti ziarah kubur di luar musim perayaan adalah dibenarkan tertakluk pada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata SOP larangan menziarahi kubur sebelum ini adalah dikaitkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha bagi menjaga aspek penjarakan sosial kerana aktiviti itu merupakan tradisi pada perayaan berkenaan.

“… dalam keadaan luar perayaan, ziarah kubur tidak menjadi satu isu dan dibenarkan. Yang penting ialah setiap mereka yang berziarah mestilah memastikan jarak fizikal satu meter diamalkan dan pemakaian pelitup muka,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Rodzi berkata mereka yang menziarahi kubur juga diingatkan untuk menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda