
Laporan/foto: Azreen Ahmad (Jasin)
JASIN, 30 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat patriotik dalam diri menyebabkan seorang pesara kerajaan menghias rumahnya dengan 300 Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-64.
Baharuddin Kanchil, 60, berkata setiap tahun, beliau tidak akan melepaskan peluang menghias sudut rumahnya dengan bendera.
“Selain rumah, saya juga akan menghias bendera pada basikal antik, pasu bunga dan pagar rumah.
“Saya gembira kerana isteri serta anak-anak juga menyokong dan membantu menghias setiap sudut rumah mereka dengan Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kesang, di sini kelmarin.
Tambah Baharuddin, semangat itu turut dikongsi bersama jiran tetangga yang turut serta menghiasi rumah dengan pelbagai dekorasi bertemakan Jalur Gemilang setiap tahun menjelang bulan kemerdekaan.
“Menghayati kemerdekaan dan menghargai pejuangan orang terdahulu yang bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan negara, pengorbanan mereka harus kita teruskan supaya pengisian kemerdekaan itu dapat diperkukuhkan dan menjadikan Malaysia lebih aman dan harmoni,” ujarnya lagi.
-FF