Skip to main content
Berita TempatanBerita Utara

Pertandingan Membaca Pupuk Minat Membaca Di Kalangan Pelajar

By 17 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Nor Fasharina Kholil (Gerik)
LAWIN, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Walaupun Sambutan Hari Buku Sedunia 2016 telah hampir sebulan berlalu, namun Pusat Sumber Lawin tetap mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan membaca bagi memberi sokongan kepada kempen ini.

Pertandingan ini dimenangi oleh Fifi Shafarina Daud, 9, daripada Kampung Lawin, Perak.

Menurut Pemaju Masyarakat Pusat Sumber, Abadah Tormizi, 57, program ini diadakan bukan sahaja untuk mengetengahkan kepada orang ramai khasnya generasi muda akan kepentingan membaca, bahkan program ini turut dilaksanakan untuk menghidupkan kembali tulisan jawi yang semakin dipinggirkan.

“Generasi muda pada hari ini perlu diperkenalkan kembali dengan tulisan dan bacaan jawi agar ia tidak terus dilupakan dan dipinggirkan,” kata Abadah.


Tambahnya, pusat sumber merupakan salah satu kemudahan yang disediakan dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat luar bandar yang berilmu di samping menerapkan budaya membaca sepanjang hayat.
-DZ

Tinggalkan komen anda