Oleh : Emran Ismail
Kuantan, 16 Mei (Malaysia aktif) – Jabatan Farmasi Pahang telah melantik Duta Kenali Ubat Anda di setiap daerah mulai tahun 2012. Tujuannya untuk membantu bagi menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat mengenai penjagaan ubat-ubatan. Jabatan Farmasi juga telah mengadakan kursus asas kepada duta bagi menjalankan kempen bersama pegawai farmasi di lapangan.
Ini berikutan kurangnya kepekaan masyarakat dalam penggunaan ubatan yang diambil dari farmasi hospital atau di klinik kerajaan sehinggalah ada yang buang merata-rata dan yang boleh mencemari alam sekitar.
Dalam program tersebut diadakan penyampaian sijil kepada empat orang duta kenali ubat anda yang paling aktif pada tahun 2015.
Timbalan Pengarah Kesihatan (Farmasi) Pahang, Tuan Haji Halimi Mat Piah telah hadir menyampaikan sijil kepada Che Nor Ismail, Liew Sheng Cheng dan Lai Yuen Seng daripada Raub dan Tuan Haji Zamry Musa daripada Temerloh.