Skip to main content
Berita TempatanPerlis

Pemeriksaan Kesihatan Rumah Ke Rumah Manfaatkan Penduduk

By 15 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Muhamad Zikri & Sufian Kamarudin (Perlis)

MATA AYER, 15 Oktober (Malaysiaaktif) — Klinik Kesihatan Kampung Gial di sini mengambil pendekatan baharu memantau tahap kesihatan penduduk dengan membuat lawatan dari rumah ke rumah bagi memudahkan masyarakat setempat, terutama warga emas dan golongan yang uzur.

Sebanyak 16 buah rumah di lapan buah kampung dikunjungi dalam Program Semarak Bakti Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Pokok Petai hari ini.

 

20151015_095201

 

Pengerusi K1M kampung berkenaan, Othman Hj Husin berkata, pendekatan ini diambil kerana terdapat golongan warga tua yang uzur mendapati sukar untuk ke klinik atau hospital bagi membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat.

Pemeriksaan kesihatan yang dibuat adalah pemeriksaan tekanan darah dan paras glukos Β dalam darah serta khidmat nasihat penjagaan kesihatan dan penggunaan ubat-ubatan.

Pegawai dari Klinik Kesihatan Kampung Gial yang terlibat terdiri daripada Penolong Pegawai Kesihatan, Yusshafawi Abdul Rahman, Jururawat,Β  Puan Rosmawati Johari dan enam orang pelajar praktikal dari Kolej Pusrawi, Kuala Lumpur.

K1M turut menyumbang barangan dapur berupa beras, gula, minyak masak, tepung, kopi dan susu.

Program ini anjuran bersama Jabatan Penerangan Negeri Perlis dan Panel Kesihatan Kampung Gial.

 

Tinggalkan komen anda