Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Rosmah Sumbang RM10,000 Kepada 2 Pelajar Orang Asli

By 15 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Normah Sapa’in (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 15 Okt (Malaysiaaktif) – Pengerusi Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti), Datin Paduka Seri Rosmah Mansor pagi tadi melawat dua pelajar Orang Asli dan keluarga mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu pagi tadi

Dalam lawatan ini, beliau sempat beramah mesra dengan dua pelajar Orang Asli dan keluarga mangsa yang lain serta menyampaikan sumbangan berbentuk hamper tajaan KFC, wang tunai RM10,000, RM5000 daripada Bakti dan RM5000 ikhsan Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia.

Rosmah dan rombongan menamatkan lawatan dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2.00 petang.

Pada 23 Ogos, tujuh murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang, dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak pulang ke asrama sebab takut dikenakan hukuman kerana mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

Pada 7 Okt, mayat seorang kanak-kanak Orang Asli itemui dalam keadaan reput oleh penduduk kampung di Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi. Polis mengesahkan identiti mayat yang ditemui dalam keadaan reput sebagai Sasa Sobrie.

Pada 9 Okt, dua daripada tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang itu dijumpai selamat berhampiran Sungai Perias. Mereka adalah Norieen Yaakob, 10, dan Miksudiari Aluj, 11 yang sekarang sedang dirawat di HRPZII, Kota Bharu.

 

Tinggalkan komen anda