Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Pemimpin Masyarakat Perlu Lebih Proaktif

By 15 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh: Ramasamy Amas & Siti Noorezrin (Jempol)

BAHAU, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Pemimpin masyarakat berperanan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan untuk menyalurkan sebarang maklumat dan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat setempat kepada pihak berkuasa tempatan agar ia dapat atasi dengan segera.

Pegawai Daerah Jempol, Zazali Salehudin berkata demikian ketika menghadiri majlis dailog dan suai kenal bersama pemimpin Masyarakat India, di sini semalam.

“Pemimpin masyarakat perlu bertindak secara proaktif kerana tidak lama lagi daerah Jempol akan di iktiraf sebagai majlis perbandaran, maka itu peranan pemimpin masyarakat akan lebih mencabar,” katanya.

Tambah Zazali, beberapa indikator dan kriteria perlu dicapai dalam masa terdekat untuk mencapai taraf majlis perbandaran iaitu kepadatan penduduk perlu melebihi 150 ribu, hasil pendapatan pelbagai cukai RM150 juta, masalah sosial dan jenayah perlu ditangani di samping mengekalkan perpaduan kaum serta meningkatkan prasarana di semua kawasan penempatan penduduk di daerah Jempol.

Zazali yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Daerah Jempol, turut memberi jaminan agar segala permasalahan rakyat yang dikemukakan oleh pemimpin masyarakat akan diambil perhatian dan akan mengatasinya secara berperingkat-peringkat menggunakan kaedah National Blue Ocean Strategi (NBOS).

Dalam pada itu, Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam, menyarankan agar pegawai kerajaan di peringkat atasan bersikap ‘Action Oriented’ apabila menerima aduan daripada pemimpin masyarakat.

Katanyanya, setiap jabatan perlu bertindak dengan segera agar dapat menyelesaikan masalah tersebut sekaligus dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap agensi kerajaan.

Tambah Manickam, Pekan Rompin yang berkedudukan di tengah bandar maju, antara Pekan Bahau dan Gemas, perlu diberi perhatian khusus agar menerima pembangunan yang mampan dan mengwujudkan lebih banyak projek-projek perumahan yang mampu milik serta industri perkilangan agar tidak berlaku penghijrahan penduduk.

Majlis anjuran MIC Bahagian Jempol ini turut dihadiri oleh kira-kira 32 ketua MIC cawangan Bahagian Jempol.

– AH

Tinggalkan komen anda