Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Tadika YIT Rhu Rendang Sahut Program Jom Baca 10 minit

By 23 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hafizah Rahim/Muhammad Arief Hasbollah Amin (Marang)

MARANG, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) Cawangan Rhu Rendang mengambil bahagian dalam melaksanakan Program Jom Baca 10 Minit bertemakan pembacaan melestarikan perpaduan bermula pukul 11.00 pagi sehingga 11.10 minit pagi tadi.

Guru Besar YIT Cawangan Rhu Rendang Zainaton Najar Embong, berkata Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi acara tahunan dengan memberi fokus kepada kebolehan asas 3M iaitu membaca, mengira dan menulis.

Guru kelas masing masing juga memainkan peranan dalam membantu pelajar membaca.

“Program ini melibatkan seramai 103 orang pelajar daripada 4 kelas iaitu dua kelas pelajar enam tahun dan dua kelas pelajar lima tahun dengan tenaga pelajar seramai 13 orang,” katanya.

Tambah beliau, kakitangan tadika gigih mencapai matlamat Generasi Celik Al-Quran, visi dan misi selain berusaha untuk melahirkan anak didik yang soleh dan solehah.

Terdahulu, Program Jom Baca 10 Minit merupakan satu kempen di peringkat nasional bagi menyokong ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.

Guru Besar YIT Cawangan Rhu Rendang, Zainaton Najar Embong berkata Program Jom Baca Bersama 10 Minit ini telah menjadi acara tahunan di Tadika Yayasan Islam Terengganu (YIT) Cawangan Rhu Rendang, Marang.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda