Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

KESELAMATAN SOSIAL PENGGIAT SENI NEGARA KINI LEBIH TERJAMIN

By 23 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hisham Salleh/Abu Ubaidah

KUALA LUMPUR, 23 April (MalaysiaAktif) – Keselamatan sosial pengiat seni di Malaysia kini ditambahbaik dengan penguatkuasaan caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai pra-syarat untuk sebarang kelulusan permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP).

Melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan PERKESO, penggiat seni tanah air layak menerima faedah perubatan, hilang upaya, sementara, hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, orang tanggungan, pengurusan jenazah, pemulihan dan pinjaman Pendidikan — melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi penggiat seni.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata, inisiatif ini akan memanfaatkan 4,500 penggiat seni dengan nilai caruman sebanyak RM232.80 setahun setiap seorang. 90 peratus nilai caruman ditanggung oleh pihak kerajaan.

“Untuk baki 10 peratus lagi, sukacita saya umumkan,ianya akan ditaja oleh FINAS. Bermakna nilai tajaan buat 4,500 penggiat seni adalah sebanyak RM104,850,” tambah beliau semasa Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PERKESO dan FINAS, di sini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, turut mengumumkan inisiatif baharu di bawah SKPSPS iaitu Bantuan Khairat Kematian (BKK) berjumlah RM1,000 untuk menampung kos pengebumian pencarum SKSPS, berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Setakat April 2024, seramai 3,120 individu daripada sektor kesenian di Malaysia merupakan pencarum aktif SKSPS.

-HS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda