Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Menghadapi Cabaran Iklim: Pulau Pinang Lancar Program Penanaman Satu Juta Pokok

By 23 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Marshita Binti Othman/Muhd Alif bin Abdul Hamid (Barat Daya)

PULAU BETONG, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Dalam usaha merealisasikan impian bandar raya hijau Pulau Pinang, Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Pulau Pinang telah melancarkan program Penanaman Satu Juta Pokok di seluruh lokasi yang terlibat di Pulau Pinang, semalam.

Program ini menghimpunkan usaha bersama komuniti, pihak berkuasa, sektor korporat, dan sukarelawan dalam meningkatkan nilai-nilai Environmental, Social and Governance (ESG).

Acara ini turut mendapat sokongan padu dari Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Mahkamah Seksyen/Majistret Balik Pulau. Antara spesis pokok yang ditanam termasuklah ciku, durian, mangga, mulberi, buah melaka, manggis dan pokok bunga kertas.

Kakitangan JaPen Daerah Barat Daya selesai menanam pokok mangga

Tuan Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin, Hakim Mahkamah Seksyen Balik Pulau menekankan pentingnya inisiatif ini terutama dalam menghadapi cuaca panas yang semakin meningkat kini.

“Program ini penting sebagai langkah proaktif untuk mendinginkan kawasan kediaman kita dan secara keseluruhannya dapat meningkatkan kualiti udara.

Kakitangan Mahkamah Seksyen/Majistret Balik Pulau juga menyertai Kempen Penanaman Satu Juta Pokok

“Program yang dilancarkan bertepatan dengan sambutan Hari Bumi yang disambut pada 22 April 2024 ini bertujuan untuk mengurangkan pembalakan hutan, memelihara biodiversiti, mencapai sasaran pembangunan mampan negeri, serta dapat meminimumkan kesan perubahan iklim,” katanya.

Sebanyak 150 anak pokok telah disumbangkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Barat Daya. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memperkukuh usaha penghijauan, tetapi juga menginspirasi masyarakat untuk terus mendukung visi kelestarian bumi kita.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda