Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri Sembilan

Bekalan Air Ditutup Sementara Di Jempol, Kuala Pilah

By 5 September 2017Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Syarifah Radziah Syed Khairuddin (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 5 Sep (Malaysiaaktif) –  Bekalan air berjadual di beberapa kawasan di Jempol dan Kuala Pilah akan ditutup sementara bermula 8.00 pagi esok hingga 8.00 pagi  Khamis.

Menerusi siaran media yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) pagi ini, penutupan tersebut dilakukan bagi meningkatkan mutu bekalan air di kawasan terlibat.

Menurut pihak SAINS, pengalihan paip AC bersaiz 250 mm dan 200mm akan dilakukan di Lot 598 & 599, Serting Ulu, Jempol dijangka akan menjejaskan kawasan sekitar Jln. Bahau – Batu Kikir, Tmn. Satelite, Tmn. Tunku Puan Chik, Kg. Lonek, Kg. Bkt. Kelulut. Turut terjejas kawasan sekitar Jln. Batu Kikir – Simpang Pertang, Kg. Serting Tengah, Rumah Rakyat Serting Tengah, Tmn. Serting Jaya dan Tmn. Desa Permai Serting Tengah.

Sementara itu, kerja-kerja cucian dan pembersihan di kolam imbangan akan dilakukan di Kolam Imbangan Taisho Bahau pula dijangka akan menjejaskan Kg. Terentang, Kg. Sg. Talan, Padang Lebar, Kg. Jerjak Seberang, Pasir Ambor, Juasseh Tengah, Kg. Ghalib, Sg. Jelutong dan Kg. Majau.

Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas waktu yang dinyatakan kecuali di beberapa kawasan tinggi yang dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Dalam pada itu, pihak SAINS turut memaklumkan sekiranya gangguan melebihi 24 jam, pihaknya akan menghantar lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan terjejas. Pihak SAINS juga boleh dihubungi menerusi talian bebas tol 1-800-88-6982.

Tinggalkan komen anda