Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Rakyat Malaysia Kaya Dengan Kepelbagaian-Mohammad

By 14 November 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan & Foto: Ramasamy Amas

JEMPOL, 14 Nov (Malaysiaaktif)– “Rakyat Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama.

Demikian kata, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan pada majlis Makan Malam Deepavali anjuran Malaysian Indian Congress (MIC) Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban malam Ahad.

Tambahnya, kepelbagaian ini terserlah apabila rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dapat meraikan hari kebesaran mengikut adat resam masing-masing.

“Ini seperti perayaan Deepavali disambut oleh masyarakat India, begitu juga Hari Raya Puasa yang diraikan oleh masyarakat Melayu dan Tahun Baru Cina oleh masyarakat Cina. Keunikan ini hanya terdapat di Malaysia sahaja.

Tambahnya, masyarakat Malaysia sentiasa ceria dan penuh warna merayakan sesuatu perayaan sehingga sebulan.

Menteri Besar menyerahkan replika cek RM100,000

Menteri Besar menyerahkan replika cek RM100,000

“Saya Menteri Besar kepada semua masyarakat bukan kepada suatu kaum sahaja. Sejak saya menerajui Negeri Sembilan telah menyelesaikan sembilan isu tanah kuil dan 11 Sekolah SRJK (T).

“Walaupun masih terdapat isu perpindahan Kuil Hanuman di Port Dickson dan isi perpindahan SRJK (T) Ladang Repah dan Ladang Senama yang dikemukan oleh Datuk L.Manickam saya yakin isu tersebut dapat diselesaikan apabila dikenal pasti tapak yang sesuai untuk dipindahkan.

“Manakala isu perumahan pekerja Ladang Tanah Merah, sata memberi jaminan bahawa rumah yang bakal dibina kelak akan diagihkan 100 peratus kepada pekerja ladang,” jelasnya.

Mohammad turut memberi jaminan kepada Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramanian bahawa permasalahan masyarakat India diberi keutamaan begitu juga kepada masyarakat lain di Negeri Sembilan .

“Kita jangan pertikaian pada setitik hitam di kertas putih tetapi banyak perkara baik dapat dilaksanakan  untuk pembangunan masyarakat India di Negeri Sembilan menerusi parti MIC Negeri Sembilan mahupun badan badan bukan kerajaan.

“Masyarakat India perlu berterima kasih kepada Perdana Menteri bahawa sejak 2010 sehingga sekarang sebanyak RM990 juta telah diperuntukkan kepada untuk Pembangunan Sekolah Tamil.

“Perdana Menteri yang sangat perihatin dan sebagai bapa pembangunan masyarakat India telah merangka satu Pelan Tindakan Pembangunan Sosial Ekonomi (Malaysian Indian Blue Print), “Ten Year Emporment” yang dilancarkan pada 23 April lalu yang merangkumi sosial ekonomi dan pendidikan,” ujarnya.

Mohammad Hasan juga berkata, tiada sebarang perubahan dalam pengagihan kerusi dalam PRU ke 14.

“MIC tetap akan bertanding dua Kerusi DUN dan satu Kerusi Parlimen Teluk Kemang. Dalam PRU ke 13 MIC hanya menang DUN Jeram Padang. Maka, saya menyeru pemimpin MIC harus bekerja keras merampas semula Kerusi Parlimen Teluk Kemang dan DUN Port Dickson dalam PRU ke 14 akan datang.

Makan Malam Deepavali

Makan Malam Deepavali

“Untuk mencapai kejayaan semua pemimpin MIC perlu bersatu sebagai satu pasukan bersama dengan komponen Parti yang lain dan memastikan ada wakil dalam kerajaan negeri “ tegasnya.

Terdahulu, Dr.Subramaniam ketika berucap membidas sebuah akhbar bahasa Tamil yang mengkritik pembentangan Bajey 2018 kononnya tiada peruntukan yang diagihkan kepada  masyarakat  India.

“90 peratus Resolusi yang dikemukakan dalam Perhimpunan MIC kebangsaan baru-baru ini dapat dipenuhi dalam pembentangan dalam bajet kali ini iaitu RM50 juta kepada pembangunan Sekolah Tamil, RM50 juta pinjaman Tekun, 7% kemasukan pelajar India ke IPTA, 7% pengambilan dalam sektor awam, RM1.5 bilion saham di PNB kepada masyarakat India dan RM30,000 tanpa faedah kepada B40 untuk memberi saham di PNB dan 1500 pelajar India yang mempunyai kelulusan minimum tiga subjek di Politeknik dan 1500 pelajar ke Matrikulasi,” ujarnya.

Pada majlis yang sama Mohammad menyampaikan cek RM100,000 kepada MIC Perhubungan Negeri Sembilan untuk aktiviti masyarakat India.

SF

Tinggalkan komen anda