Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeNegeri Sembilan

MVV Lonjak Pembangunan Negeri Sembilan

By 14 Februari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Ramasamy Amas (Jempol)

PORT DICKSON, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Malaysia Vision Valley (MVV) Pembangunan mampan yang meliputi 153,000 hektar yang bermula dari Seremban Barat (Bandar Nilai) hingga ke Batu 10 Port Dickson akan menjadi pembangunan terancang tanpa menjejaskan alam sekitar.

“Berteraskan kepada lima kluster utama iaitu Terminal Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR), perindustrian, hub pendidikan, pusat pelancongan serta tempat riadah dan sukan, pembangunan ini mampu memanfaatkan penduduk negeri ini,” ujar Menteri Besar, Mohammad Hasan ketika menjadi ahli panel pada Program India Young Stars Talk Show di Dewan Kolej Vokasional, di sini malam tadi.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir sempena Program India Young Stars Talk Show di Dewan Kolej Vokasional, di sini malam tadi.

Sebahagian daripada pengunjung yang hadir sempena Program India Young Stars Talk Show di Dewan Kolej Vokasional, di sini malam tadi.

Menurut, Mohammad, MVV merupakan dasar kerajaan dalam membangunkan Negeri Sembilan dengan projek bertaraf antarabangsa dan moden setaraf dengan Futurecity di London dan Central Park, Paris.

“Kita telah membuat cadangan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa kerajaan negeri sedia menawarkan kawasan yang luas untuk dimajukan memandangkan Kuala Lumpur semakin kecil dan nilai tanah mencecah sehingga RM4000 kaki persegi.

“Saya telah mengagihkan kawasan seluas 57 hektar di MVV untuk membina lima buah padang bolasepak, tiga padang ragbi dan sebuah stadium mini untuk aktiviti riadah kepada golongan muda dalam suasana mesra alam tanpa menjejaskan ekosistem.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Seri Dr. Fuad Zakasiah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin.

Menurut Mohammad masa yang lama diperlukan untuk menstrukturkan semula masyarakat di negeri ini.

“Saya mengambil masa dua penggal untuk meningkatkan taraf hidup sosial ekonomi masyarakat Melayu dan India.

“Masyarakat India yang berada tiga dekad di ladang terpaksa pindah apabila ladang di Senawang dan Nilai dibangunkan sebagai pusat bandar, nasib masyarakat India diabaikan begitu saja.

“Saya faham tentang kehidupan masyarakat India di ladang kerana saya juga hidup bersama-sama dengan masyarakat India di Rantau pada zaman kecil dahulu,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Prof. Dr. Siva Murugan Pandian menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, masyarakat India telah diberi perhatian yang khusus dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup.

“Pemimpin terdahulu terlepas pandang pengorbanan dan jasa masyarakat India kearah pembangunan negara.

“Masyarakat India bekerja diladang sebagai penoreh getah yang suatu ketika dahulu hasil getah menjadi pengeksport utama negara.

“Apabila ladang-ladang getah telah bertukar sebagai pusat bandar dan perindustrian nasib masyarakat India seakan terpinggir,” katanya lagi.

Menurut seorang peserta, Prakash, 26, Program ini telah memberi informasi yang sangat berguna di mana segala maklumat yang diperolehi akan dikongsi dengan rakan-rakan yang tidak hadir.

– SH

Tinggalkan komen anda