Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Lestari pelajar bersama K1M Mukim Rambai

By 9 Mac 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan Oleh : Muhamad Nawawi Kasa
PENDANG, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 45 orang pelajar Universiti Utara Malaysia, Sintok (UUM) mengenali budaya masyarakat setempat di Kampung Lubok Batu dalam program Bakti Siswa.

Program bersama Komuniti 1 Malaysia (K1M) Mukim Rambai bersama pelajar semester dua ini melibatkan 80 peratus pelajar daripada luar negeri Kedah.

Menurut Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling Hal Ehwal Pelajar UUM, Shahrin Ahmad menjelaskan bahawa program ini disusun dengan pelbagai aktiviti menarik untuk memberi pendedahan dan mendapat keserasian pelajar bersama anggota masyarakat.

Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling Hal Ehwal Pelajar UUM, Shahrin Ahmad

Pegawai Psikologi Pusat Kaunseling Hal Ehwal Pelajar UUM, Shahrin Ahmad

“Ini kali kedua program ini diadakan selain memberi pendedahan di luar negara seperti di Korea Selatan yang berkonsepkan suasana masyarakat kampung,” katanya yang turut serta bersama pelajar pada hari ini.

Kebanyakan pelajar yang terlibat terdiri daripada Sukarelawan Universiti Awam Malaysia ( MASKUM ) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi digerakkan secara langsung melalui Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar bagi tujuan membantu masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan.

Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar tahun 6

Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar tahun 6

Selain berbakti bersama komuniti, pelajar juga didedahkan dengan kewujudan Komuniti 1Malaysia dibawah seliaan Jabatan Penerangan Malaysia agar pelajar memahami dan menghayati fungsi Komuniti 1Malaysia dalam pembangunan sosial negara.

Seorang pelajar semester kedua, Kaori Kitamura, 21, berdarah kacukan Jepun dan Sabah merasa amat bertuah dan berbangga kerana ini adalah kali pertama beliau mengikuti program yang banyak memberi pendedahan kepadanya tentang budaya yang pelbagai serta unik untuk dikongsi bersama dalam latar persekitaran yang berbeza.

IMG-20180309-WA0048

“Saya amat bersyukur diberi peluang ini dan akan menggunakan peluang yang indah ini sebaik mungkin,” ujarnya lagi.

Turut ditemui ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar SK Kubur Panjang, Mohd Zaki Dahaman yang menyatakan bahawa program ini memberi impak yang positif dalam membudayakan masyarakat bersama pelajar serta memberi motivasi kepada 50 pelajar tahun 6 yang terlibat dalam menjadikan mereka lebih berani memajukan potensi diri.

Menurut seorang pelajar tahun 6, adik Puteri Tasnim Mohd Hamdi berkata, “Saya merasa amat gembira dan dapat banyak pengajaran dalam menyelesaikan masalah. Pengalaman ini akan menjadi panduan yang berguna untuk saya serta rakan-rakan yang lain.”

Program Melestarikan Komunikasi Pelajar Bersama Komuniti 1Malaysia Dan Bakti Siswa UUM ini pastinya akan diteruskan lagi supaya jalinan hubungan dan perpaduan dapat diserapkan ke dalam jiwa pelajar dan masyarakat setempat.

– MRR

 

Tinggalkan komen anda