Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Warga Wisma Persekutuan, Politeknik Sahut Saranan Kempen ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’

By 24 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Kempen ‘Jom Baca Bersama 10 minit’ merupakan acara tahunan anjuran Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) di seluruh negara yang berlangsung selama 10 minit semalam.

Tinjauan di bangunan Wisma Persekutuan Johor Bahru dan Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) mendapati kakitangan Wisma Persekutuan Johor Bahru dan warga PMJB telah menyahut saranan dengan membaca selama 10 minit di premis masing-masing.

Salah seorang kakitangan kerajaan, Noraishah Mohd Kamil, 45, berkata kempen yang dilaksanakan ini memberikan faedah kepada semua golongan sebagai tanda komitmen terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan seharian walaupun hanya 10 minit.

“Kempen ini perlu diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan rakyat Malaysia akan rajin membaca bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat,” katanya.

Sementara itu, pelajar Politeknik PMJB, Sabrina Sofia Mohd Saral, 19, berkata amalan membaca merupakan salah satu tunggak kejayaan dalam peperiksaan, kerjaya, keperibadian dan sebagainya.

“Dengan adanya kempen seperti ini, masyarakat dapat membudayakan aktiviti membaca sebagai rutin seharian setiap hari supaya menjadi masyarakat yang bijak dan berpengetahuan tinggi,” katanya.

Kempen ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ telah diadakan semalam bermula jam 11 pagi dan berlangsung selama 10 minit di seluruh negara dengan tema ‘Pembacaan Melestarikan Perpaduan’.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda