Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Penglibatan Ibu Bapa dalam Program PDK Bantu Proses Pembelajaran

By 24 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Pembabitan ibu bapa dan komuniti penting bagi memberi perangsang kepada anak-anak dalam setiap program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Menurut penyelia PDK Kemasik Faradilla Yusof, PDK menghargai penglibatan aktif ibu bapa, keluarga dan masyarakat serta komuniti setempat dalam pembelajaran insan-insan istimewa.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Jalinan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman, di sini semalam.

“Golongan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa ini akan mendapat pengetahuan dan menimba ilmu kemahiran dalam setiap program yang telah dianjurkan oleh pihak PDK.

“Keterlibatan ibu bapa di dalam setiap aktiviti bersama membantu perkembangan anak-anak sama ada dari segi perkembangan emosi, rohani, jasmani dan sahsiah kanak-kanak itu sendiri,” katanya.

Bagi surirumah Suhaila Tawang, 49, berharap program PDK Kemasik terus membantu serta memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak istimewa untuk menempuh kehidupan dan dapat berdikari.

“Kerjasama dan penglibatan ibu bapa berperanan memberi perangsang dalam pelbagai bidang akademik, perkembangan sahsiah pelajar, kokurikulum serta pembangunan fizikal sekolah. Setiap ibu bapa menginginkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan pada masa hadapan,” katanya.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Kemaman Mohd Fadli Muhd Yusof.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda