Skip to main content
GlobalHomeViral

Kenyataan Zahid Hamidi Di PBB Mengenai Pejuang Asing

By 30 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan

?

NEW YORK, 30 Mei (Malaysiaaktif) — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Sesi Taklimat Terbuka Peringkat Menteri mengenai pelaksanaan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2178.

Sesi di ibu pejabat PBB New York itu diadakan mengenai pemantauan dan kawalselia pergerakan pejuang asing Negara Islam (Islamic State).

 

IMG-20150530-WA0008

Pertemuan dengan Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock.

 

Resolusi 2178 ini diluluskan PersidanganbPBB pada 24 September 2014.  Ia merupakan kali pertama sesi Majlis Keselamatan PBB melibatkan penyertaan di peringkat Menteri Keselamatan atau Menteri Dalam Negeri.  Sesi dipengerusikan oleh Menteri Luar Lithuania, Linas Linkevicius.

Pada sesi ini, Ahmad Zahid berkongsi mengenai initiatif Malaysia dalam menangani isu pejuang asing selaras dengan Resolusi 2178.

Ia termasuk penggubalan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan 2015 dan Rang Undang-Undang Langkah-langkah Khas Menangani Keganasan di Luar Negara 2015.

IMG-20150530-WA0005

Bersama Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon

Kedua-dua perundangan tersebut telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan menunggu perkenan Yang DiPertuan Agong.

Ahmad Zahid menegaskan walaupun POTA (Prevention of Terrorist Act) undang-undang pencegahan, namun aspek pemulihan atau deradikalisasi turut diberikan tumpuan supaya individu terbabit dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

Pendekatan ini turut digunakan semasa pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1969 yang telah dimansuhkan.

Ahmad Zahid juga memaklumkan sejak Februari 2013, seramai 107 individu merangkumi 87 lelaki dan 20 wanita, termasuk 16 warga asing telah ditahan kerana terlibat dengan IS.

Beliau juga memaklumkan 63 warga tempatan telah pergi ke Syria dan Iraq dan mengakibatkan 11 orang terkorban di sana.

Dari segi pengukuhan keselamatan sempadan negara pula, Ahmad Zahid berkongsi mengenai perancangan melaksanakan Advanced Passenger Screening System (APSS) bagi tujuan saringan kemasukan pelawat asing ke Malaysia. Ini termasuk semakan komprehensif kepada sistem imigresen negara.

Di peringkat serantau, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan bakal Pengerusi Mesyuarat ke-10 Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan akan menganjurkan satu mesyuarat Khas ASEAN mengenai Kebangkitan Radikalisasi dan Keganasan Ekstremis yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2015.

Sesi Terbuka Peringkat Menteri Majlis Keselamatan PBB itu turut dihadiri Setiausaha Keselamatan Negara, Amerika Syarikat, Jeh Johnson serta menteri daripada negara-negara anggota Majlis Keselamatan PBB.

Ahmad Zahid juga berkesempatan bertemu dengan Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock.  Antara isu yang dibincangkan aspek kepolisan moden dan keperluan perkongsian maklumat dengan Interpol, terutama mengenai peningkatan bilangan pejuang asing ke Iraq dan Syria.

Interpol akan menggunakan pejabat serantau di Singapura untuk mempertingkatkan kerjasama dengan Malaysia di bidang membenteras jenayah rentas sempadan, terutama jenayah siber.

Kedua-dua pihak bersetuju bahawa peralatan moden dan peningkatan aspek bina upaya amat signifikan bagi menangani ancaman jenayah, selain mandapat kerjasama masyarakat tempatan.

Tinggalkan komen anda