
PULAU PINANG, 30 Mei (Malaysiaaktif) — Seorang jurujual dikenakan denda RM16, 200 setelah mengaku salah ke atas sebanyak 44 pertuduhan trafik di Mahkahmah Majistret Jawi semalam.
Jurujual itu ditahan dalam Ops Warta yg dijalankan secara besar-besaran oleh pihak PDRM di seluruh negara.
Antara kesalahan yang dilakukan, menunggang tanpa lesen, melanggar lampu merah, dan tidak memakai topi keledar.
Jurujual itu, bagaimanapun, gagal membayar denda dan dijatuhi hukuman penjara 222 hari.