Skip to main content
HomeViral

Enam Laluan Tikus Dikesan Di Sempadan Malaysia-Thailand

By 30 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

WANG KELIAN,  Perlis 30 Mei (Malaysiaaktif) — Enam laluan tikus dikesan di sempadan Malaysia-Thailand di Perlis.

Ia dipercayai digunakan oleh sindiket  pemerdagangan orang dan penyeludupan barang.

Penduduk mendakwa laluan itu digunakan oleh ejen sindiket untuk pemerdagangan orang yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun lalu.

Laluan berkenaan pada awalnya digunakan penduduk tempatan yang ada hubungan persaudaraan.

Bagaimanapun ia disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk kegiatan haram.

Antara laluan pintas bagi merentasi sempadan adalah Felcra Lubuk Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Kampung Syed Omar atau Kampung Puju dan Bukit Batu Putih.

Tinggalkan komen anda