Skip to main content
GlobalViral

Pesawat C-130 Indonesia Terhempas Di Kawasan Kediaman

By 30 Jun 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

JAKARTA, 30 Jun —  Sekurang-kurangnya 113 orang terbunuh apabila sebuah pesawat Hercules C-130 tentera udara Indonesia terhempas di sebuah kawasan kediaman di Medan, Sumatera, menurut seorang jurucakap tentera.

Televisyen Indonesia menyiarkan rakaman video tidak jelas dari bandaraya itu yang menunjukkan bangkai pesawat tersebut terbakar.

 

_83938284_027948577-1 (1)

 

Pesawat tersebut dikatakan membawa 12 krew dan 101 penumpang apabila dikatakan mengalami masalah teknikal, lalu terhempas di atas dua buah bangunan.

Adalah dipercayai sekurang-kurangnya tiga orang yang tidak berada dalam pesawat itu turut terkorban.

Setakat ini sebanyak 49 mayat sudah dikeluarkan.

Antara penumpang yang terbunuh keluarga anggota tentera.

 

–LAGI MENYUSUL

Tinggalkan komen anda