Skip to main content
HomeViral

Kibaran Jalur Gemilang Sebagai Lambang Penyatuan Hati

By 18 Ogos 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

BANGI, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Sajak yang dideklamasikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dr. Imran Ho Abdul Razak Hussin kemuncak Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UKM  2015 di Bangi petang tadi.

 

IMG_0608

Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat) UKM Prof mendeklamasikan sajak.

 

Menurutnya, generasi hari ini berhutang sejarah kepada pejuang terdahulu yang telah sehati sejiwa membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.

Beliau berkata, mencecah usia 45 tahun, UKM merupakan salah satu mercu tanda kepada kemerdekaan Malaysia.

Tambahnya, warga UKM seharusnya sehati sejiwa berjanji untuk terus menggembleng segala potensi yang dimiliki dalam menghasilkan sesuatu yang bermakna kepada masyarakat selaras peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara.

Sebagai pewaris pimpinan negara yang bakal menjadi tonggak penting ke arah negara maju, mahasiswa UKM perlu memahami, bersyukur dan menghargai kepentingan kemerdekaan negara.

Imran turut menyeru mahasiswa UKM supaya berbangga mengibarkan jalur gemilang sebagai lambang kesatuan hati, simbol kedaulatan dan tanda maruah diri.

Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat UKM berlangsung selama sebulan dengan pelbagai aktiviti menarik, seperti Citra UKM, Doa Selamat, Pidato Kebangsaan, Pertandingan Fotografi dan berakhir dengan Sambutan Hari Malaysia pada 18 September 2015.

 

Tanah air ku Malaysia

Usah ada kesangsian lagi

Kita ada pemimpin yang membela

Kita ada pengikut yang setia

Kita ada pejuang yang memelihara

Kita ada Profesor yang bersuara

Kita ada mahasiswa yang rasional jiwa

Kita ada penyair yang peka

Kita ada sejarawan mengingatkan yang lupa

Kita ada peniaga yang bertimbang rasa

Kita ada petani yang bekerja

Kita ada nelayan yang menjala

Kita ada khazanah yang teragih seadilnya

Dengan landasan kita terus meredah cabaran

Dengan sehati sejiwa

 

Tinggalkan komen anda