Skip to main content
HomeViral

Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah Bermula

By 18 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ramli Md Rus & Syed Putera

ALOR SETAR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Kempen Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Kedah diadakan Ahad lepas.

Majlis pada pukul 5.00 petang itu dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Rawi Abdul Hamid yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

20150817211240

 

Jalur Gemilang diserahkan kepada pegawai-pegawai daerah, agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

Hari ini pula majlis yang sama berlangsung bagi peringkat Daerah Pendang dengan pelepasan 80 buah motosikal, tujuh buah kenderaan pacuan empat roda, 10 buah kereta pelbagai agensi dan orang perseorangan.

Peserta memasang bendera di kenderaan selain mengedarkan bendera di sekolah-sekolah.

Sementara itu, kempen yang sama turut diadakan di Daerah Padang Terap membabitkan 38 buah kenderaan jabatan kerajaan bersama kira-kira 150 orang peserta, staf dan kakitangan dua buah sekolah menengah, tiga buah sekolah rendah dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Dianggarkan hampir 4,000 orang peserta menyerikan majlis tersebut.

 

20150817231608

 

20150818011847

Tinggalkan komen anda