Skip to main content
Viral

Srikandi PKR Di hadapan Sogo Pujuk Orang Ramai Sertai Bersih4

By 28 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ainudin Othman

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Malaysiaaktif) — Walau pun diisytiharkan haram oleh polis berikutan keengganan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan di sekitar Kuala Lumpur, pihak penganjur kelihatan berkeliaran di hadapan pusat membeli-belah Sogo dalam usaha merayu orang ramai supaya turut serta.

Mereka bertumpu di pusat membeli-belah popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman  itu yang sering kali menjadi fokus permulaan perhimpunan protes dan demonstrasi jalanan.

Awal petang tadi turut kelihatan sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Srikandi merayu dan memujuk orang ramai supaya keluar menyertai tunjuk perasaan tersebut.

Penganjur Bersih 4 yang dikatakan terdiri daripada beberapa badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terus berdegil seiring asakan pembangkang untuk meneruskan agenda rakus mereka melalui demonstrasi jalanan pada Sabtu dan Ahad.

Tinggalkan komen anda