Skip to main content
Viral

Menteri Gesa SKMM Pantau Laman Web Gugat Ketenteraman

By 28 Ogos 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulangi gesaan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memantau semua laman web yang menyiarkan laporan berita yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

“Seperti yang telah saya katakan, SKMM akan memantau semua laman web dan akan mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang melanggar undang-undang,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini.

Salleh diminta mengulas mengenai notis dalam laman Facebook SKMM awal hari ini bahawa SKMM akan menyekat semua laman web yang menyiarkan dan menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai menyertai perhimpunan Bersih 4.

SKMM membuat keputusan itu atas alasan bahawa laporan seumpama itu boleh mengancam kestabilan negara.

Pada Selasa, Salleh dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan tidak akan menyekat menara telekomunikasi di pusat bandar semasa perhimpunan Bersih 4 hujung minggu ini.

Bagaimanapun, katanya SKMM akan memantau semua blog dan laman web yang menyiarkan mengenai perhimpunan itu.

Tinggalkan komen anda