
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) — Seiring kesibukan persiapan untuk menyambut Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, di lokasi-lokasi lain di bandaraya, semakin ramai orang ramai tiba untuk menyertai perhimpunan Bersih 4 yang diisytiharkan haram oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehingga pukul 11.15 pagi tadi, penunjuk perasaan sedang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dan sekali gus menyebabkan kesesakan trafik di kawasan tersebut.
Selain berkumpul menunggu isyarat untuk agenda selanjutnya, beberapa orang sukarelawan dilihat sibuk cuba meminta orang ramai di kawasan itu turut serta dalam perhimpunan mereka. Bilangan mereka di situ dianggarkan seramai 500 orang.