
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini mengesahkan bahawa bekalan ternakan untuk Ibadah korban sempena Hari Raya Haji mencukupi.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memaklumkan jaminan itu dibuat ekoran penilaian bekalan lembu dan kambing termasuk yang diimport.
“Bekalan ternakan berjumlah lebih 54,000 ekor lembu dan lebih 40,000 ekor kambing, didapati melebihi dari keperluan,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Livestock Asia 2015 di Plenary Theatre, Level 3 Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.
Sambutan Hari Raya Haji akan diraikan umat Islam di Malaysia Khamis ini.