Skip to main content
EkonomiHomeViral

Ekonomi Lebih Mencabar Berikutan Penurunan Wang Global

By 21 September 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Malaysiaaktif) – Pembangunan sektor ekonomi dijangka lebih mencabar ekoran ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menekankan bahawa sebahagian ketidakstabilan ekonomi negara berpunca daripada penurunan wang ringgit di peringkat global khususnya di China dan Amerika Syarikat.

“Kadar faedah Rizab Persekutuan AS misalnya kekal pada paras sifar sejak tujuh tahun lepas dan ramai yang mengharapkan ia akan dinaikkan. Ini yang turut menyumbang kepada pengukuhan dolar AS,” katanya di Forum Perkembangan Terkini Ekonomi Malaysia 2015 anjuran Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), di Kuala Lumpur hari ini.

“China kini menseimbangkan semula aktiviti untuk membolehkan ekonominya mampan. Jika China tidak melakukan usaha penyusunan semula ini, kita akan lebih goyah pada masa depan,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pihaknya telah menyelesaikan penelitian isu berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB)  dan hasilnya telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berpendapat, pihak terbabit harus melihat isu tersebut secara menyeluruh bagi membolehkan 1MDB pulih seperti sedia kala.

“Saya rasa apa yang berlaku, sudahpun berlaku. Ada proses yang sewajarnya untuk menyelidiki apa yang berlaku. Beberapa siasatan turut dilakukan baik di peringkat Parlimen mahupun agensi,”

“Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan diselaraskan semula pada sesi Parlimen akan datang untuk meneruskan serta menyelesaikan siasatannya terhadap 1MDB.” katanya dalam majis yang sama.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Tinggalkan komen anda