Skip to main content
EkonomiHomeViral

Memperkasa Ekonomi Belia Melalui Perniagaan Internet

By 22 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Inthran a/l Krishnan & Abdul Raof Othman

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Malaysiaaktif) – Perniagaan dalam talian menggunakan Internet merupakan salah satu kaedah bagi mengatasi masalah berkaitan pelesanan dan premis perniagaan.

Sehubungan itu, buat julung kalinya, Simposium Usahawan Internet 2015 diadakan di sini hari ini bagi membantu memperkasakan ekonomi belia.

Simposium anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan ini membantu belia Bumiputera mendapatkan peluang-peluang perniagaan berpotensi dan berdaya saing di alam siber.

Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Adnan Md Ikshan dalam ucapan perasmiannya berkata, inisiatif ini akan memastikan mereka terlibat dengan lebih teratur melalui pendedahan dan bimbingan oleh tenaga mahir dalam bidang berkenaan.

Seramai 1200 belia hadir mengikuti simposium yang dibimbing oleh 10 usahawan Internet yang berjaya dalam perniagaan dalam talian.

Simposium ini mendapat kerjasama Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Universiti Malaya, SME Tekun, TEKUN Nasional dan Credit Guarantee Corporation (CGC).

 

Tinggalkan komen anda