
Oleh: Faris Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Malaysiaaktif) β Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkilannya berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendesak beliau meletakkan jawatan.
Najib tidak pernah menyangka Tun akan menyerang beliau sebegini rupa.
“Saya mahu parafrasanya dalam konteks saya sendiri, saya tidak pernah menyangka pendahulu saya akan bertindak terhadap saya dengan cara iniβ katanya sebelum membaca ucapan pada majlis Simposium Pasaran Modal Dunia di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur hari ini.
“Tetapi dia bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mengambil pentas utama.”
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada gurauan wartawan British, Riz Khan yang merupakan hos majlis tersebut.