Skip to main content
EkonomiHomeViral

Najib Terkilan Tun Mahathir Desak Beliau Letak Jawatan

By 3 September 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terkilannya berhubung tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mendesak beliau meletakkan jawatan.

Najib tidak pernah menyangka Tun akan menyerang beliau sebegini rupa.

“Saya mahu parafrasanya dalam konteks saya sendiri, saya tidak pernah menyangka pendahulu saya akan bertindak terhadap saya dengan cara ini” katanya sebelum membaca ucapan pada majlis Simposium Pasaran Modal Dunia di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur hari ini.

“Tetapi dia bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mengambil pentas utama.”

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada gurauan wartawan British, Riz Khan yang merupakan hos majlis tersebut.

 

Tinggalkan komen anda