Skip to main content
Berita TempatanJohor

Hari Keluarga Pulau Tinggi Paling Meriah Sejak Dimulakan

By 28 Oktober 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Program Hari Keluarga Pulau Tinggi, Mersing tahun ini mendapat sambutan yang cukup meriah. Ini kali kedua program tersebut diadakan sejak dimulakan tahun lepas.

Idea untuk program dua hari yang dikira terbesar ini dicetuskan oleh Ketua Kampung Pulau Tinggi, Rahaman Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mok oleh penduduk kampung sini.

 

IMG_20151016_163106

Kerjasama turut diberikan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Balang Pulau Tinggi dan Komuniti 1Malaysia (K1M) Mukim Pulau-Pulau di bawah kelolaan Pejabat Penerangan Malaysia Daerah Mersing.

“Program Hari Keluarga ini dirancang khas untuk merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk pulau,” kata Rahaman yang juga Timbalan Pengerusi K1M Mukim Pulau-Pulau.

 

IMG_20151015_163342

 

Melalui pelbagai aktiviti, termasuk pertandingan halaman indah, sukaneka kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas secara langsung dapat merapatkan lagi ikatan persaudaraan di Pulau Tinggi.

Program dirasmikan oleh Youzaimi Yusuf yang merupakan Pegawai Khas Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

 

Tinggalkan komen anda